Sesi mengopi TANPA beli kopi #772 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Selamat malam bos.mau minta pendapat dari bos.adik saya mau beli kereta secondhand.pilihan skrg ni proton flx dengan proton pesona.antara 2 model ni.boleh bagi pandangan bos?tq JAWAPAN: Proton Saga FLX dan Proton Persona adalah sama sama dalam kategori kereta sedan. Akan tetapi Proton Persona adalah dalam spek lebih tinggi. Ketika dijual baru juga, harga Proton Saga FLX termahal hanya bersamaan dengan harga Proton Persona yang berspek biasa sahaja. Dari segi ciri-ciri, keselamatan, kuasa enjin, keselesaan, handling, ruang kereta semuanya berpihak kepada Proton Persona. Hanya 2 faktor sahaja yang diberpihak kepada Proton Saga FLX iaitu kejimatan minyak dan kos servis kereta. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |