Sesi mengopi TANPA beli kopi #771 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Selamat malam tuan. Minta maaf ganggu Tumpang tanya. Kalau ada bajet dalam 30k. Kereta 2nd hand jenama apa dan model apa yg terbaik ? JAWAPAN: Dalam industri kereta terpakai, banyak juga kereta bawah RM30K. Juga tidak pasti kehendak tuan setakat mana. Ada kategori MPV, kereta pickup, dan kereta sedan. Usia tahun juga perlu diambil kira, ada kereta segmen lebih mahal tetapi usia yang jauh lebih tua di bawah harga RM30k juga. Oleh itu, dalam usaha mencari kereta terpakai, elok difikirkan 1. Usia kereta 2. Kegunaan kereta (bawa barang, bawa keluarga ramai orang, kereta orang muda sport, kereta keluarga kecil, kereta kecil untuk senang parkin dan sebagainya) 3. Kenderaan cc tinggi tapi kegunaan minyak juga tinggi Sebagai panduan, kereta Jepun dan kereta tempatan kos selenggara dan isu kepada kereta paling kurang. Ini juga terpulang kepada usia kereta tersebut. Antara kereta yang OK untuk dibeli termasuk Perodua Myvi Perodua Kelisa Proton Persona Proton Preve Honda City Honda Accord Toyota Vios Toyota Camry Nissan Sentra Nissan Latio Naza Citra Toyota Avanza Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |