Sesi mengopi TANPA beli kopi #769 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Encik eddie, salam sejahtera. Adakah kereta jenis Kia Sorento tahun 2005-2009 mudah untuk mencari alat ganti dan bagaimana kos penyelenggaraan dan alat gantinya? JAWAPAN: Kia Sorento adalah kenderaan sederhana besar crossover SUV yang dibina sejak tahun 2002 oleh syarikat kereta Korea Selatan Kia Motor. Ada 3 generasi kenderaan ini. Generasi pertama 2002 - 2009 Generasi kedua 2010 - 2014 Generasi ketiga 2015 - Isu Kia Sorento paling ketara ialah enjin diesel yang dihasilkan pada model awal 2002 - 2009 tidak sesuai dengan grade diesel yang dijual di Malaysia. Banyak isu-isu dengan kereta Kia Sorento berenjin diesel. Kenderaan ini hanya berbaloi dibeli jika ia berenjin petrol. Kos alat ganti dan servis memang tinggi. Banyak pengguna memberi maklum balas yang menyatakan kereta ini sering rosak. Alat gantinya juga sukar dicari. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |