Sesi mengopi TANPA beli kopi #754 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Selamat petang en eddie, mohon pendapat berkaitan mpv peugot 5008, dari segi kos penyelenggaran dan alat ganti, tgk yg second hand mcm mampu milik.. Tk en JAWAPAN: Peugeot 5008 adalah kenderaan kompak MPV/ crossover SUV yang diperkenalkan oleh syarikat kenderaan Perancis pada bulan June 2009. Ada 2 generasi kenderaan ini 2009 - 2016 dan 2017 hingga kini. Kenderaan ini dijual baru pada harga anggaran RM170k+. Selepas 3 tahun, nilainya jatuh ke RM50k. Walaupun harganya dianggap mampu milik, ia hanya setakat masa anda beli kereta itu sahaja. Selepas dibeli, kenderaan ini tidak mampu diselenggara. Ramai pemilik menghadapai berbagai isu dengan kenderaan ini termasuk ada yang TERPAKSA tukar enjin kereta ini. Peugeot 5008 seperti kebanyakkan kenderaan Conti (Kereta Eropa) yang lain tidak tahan apabila diguna di cuaca negara kita. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |