Sesi mengopi TANPA beli kopi #749 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hye mr eddi Saya bercadang nak beli second hand 4x4 toyota hilux atau pon nissan navara. Boleh suggest yang mana lebih oke antara dua jenama ni? Apa kreteria yang perlu kita cek kalau nak beli second antara 2 jenama ni? Auto atau manual? Petrol atau diesel? Dr segi servis & maintanance macam mana? Spareparts mana senag dapat & yang mana lebih murah & berpatutan.. Tq mr eddi Maaf banyak tanya budak baru nk belajar 4x4 Sy xxx dr kota bharu kelantan.. JAWAPAN: Toyota Hilux Tak payah nak diperkenalkan lagi Toyota Hilux pada rakyat malaysia. Jenama dari Toyota ini merupakan kenderaan nombor satu paling banyak dijual di negara kita dalam segmen 4x4. Paling teruk pun hanya redah di jalan kampung berselut dan becak selepas hujan. Atau masuk ceruk kampung yang tak ada jalan tar. Bawa barang banyak macam manapun tak kisah sebab Toyota Hilux memang lasak dan tidak pernah mengecewakan. Bila hujan sahaja dan tanah becak, masa itulah peluang untuk masukkan 4x4. Memang besar dan terasa perbezaan dari segi cengkamannya pada jalan berselut dan licin macam mana sekalipun. Kos selenggaranya juga tak mahal dan mudah untuk dilakukan. Ada banyak servis center Toyota di seluruh Malaysia. Nissan Navara NP300 Dari segi pemanduan, memang tak boleh dinafikan keselesaannya. Kedudukannya yang rendah mudah naik memang tak boleh ditandingi oleh semua pikap trak 4x4 yang lain. Saiznya juga lebih besar sikit dari yang lain. Kalau nak bawa sedap samada di jalanraya atau dalam hutan, rasanya Nissan Navara NP300 ni paling selesa berbanding semua kenderaan pikap trak 4x4 yang lain. Duduk di dalam terasa seperti bawa kereta sedan sahaja, punyalah selesa dan lancar. Auto atau manual terpulang kegunaan tuan. Kalau lebih kepada masuk bukit lebih baik yang manual. Tiada banyak beza antara petrol dan diesel. Spare part Toyota Hilux lebih murah. Kriteria pembelian terpulang kegunaan kereta tersebut. Kalau lebih banyak offroad - Toyota Hilux Kalau lebih banyak perjalanan tar Bandar - Nissan Navara. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |