Sesi mengopi TANPA beli kopi #747 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hai Mr Eddie.. Saya nak trade in alza saya kepada alphard second.. Sbb saya berniaga.. Selalu bawak kereta alza ke kelantan.. Berbaloi ke saya beli alphard. Untuk kegunaan harian dan niaga.. Boleh ke? Harga alphard ade saya Servey.. Harga dalam 80k..tahun 2009.. Enjin 2.4 JAWAPAN: Toyota Alphard adalah kereta MPV mewah yang digemari rakyat Malaysia. Rata-rata boleh nampak kereta ini di jalan raya. Memang selesa kereta ini untuk dibawa untuk perjalanan jauh kerana saiz kereta yang besar. Hanya perlu diketahui ialah kos spare partnya yang agak tinggi. Contoh, pintu automatik jika rosak perlukan kos RM5000 untuk ditukar dan lampu depan pula RM2000-RM3000 kosnya untuk ditukar. Tidak ada lain isu dengan kereta ini. Oleh kerana ini kereta terpakai, pastikan di periksa kereta di kedai foreman dahulu sebelum pandu jauh. Juga Toyota Alphard adalah salah satu kereta yang sering dicuri di Malaysia. Jika tuan membelinya, sila beli alarm yang bagus. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |