EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #740

7/25/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #740
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

slmt pagi encik eddie sya nk tye mcm mne nk settlekn ccris dan nk tahu maklumat ccris apa yg sya dh buat
mgkin terlalu lama lupa hutang apa
bagaimna nk check or find out

JAWAPAN:

Untuk makluman, anda kini boleh membuat semakan CCRIS online melalui sistem terbaru yang dilancarkan Bank Negara Malaysia iaitu eCCRIS.

Namun, anda perlu mendaftar di mana-mana cawangan AKPK atau di Pejabat BNM bagi mendapatkan nombor PIN yang akan digunakan ketika proses pendaftaran eCCRIS.

SEMAKAN CCRIS ONLINE

Rekod CCRIS yang baik amat penting untuk memudahkan anda mendapat sebarang jenis pinjaman terutama pinjaman perumahan atau pinjaman perniagaan.

CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Reference Information System merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.

CCRIS merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.

BNM kini melancarkan sistem eCCRIS bagi memudahkan pengguna menyemak dahulu rekod CCRIS milik sendiri sebelum memohon pinjaman.

ECCRIS BANK NEGARA MALAYSIA
Berikut adalah tutorial bergambar cara menggunakan eCCRIS untuk membuat semakan CCRIS online. Tutorial ini adalah yang rasmi dari BNM.

Perhatian! Pastikan anda mendaftar di BNMLINK Kuala Lumpur/Pejabat BNM/Cawangan AKPK dan sudah menerima PIN yang dihantar ke telefon mudah alih sebelum membolehkan anda log masuk ke sistem eCCRIS.


CARA DAFTAR ECCRIS
1. Layari https://eccris.bnm.gov.my/ kemudian klik “Log Masuk Kali Pertama”

semakan ccris online eccris
2. Pada laman “Log Masuk Kali Pertama”

Pilih “Kewarganegaraan” daripada senarai yang disediakan
Isi maklumat Nombor ID (12 digit MyKad/nombor Kad Pengenalan atau nombor Pasport)
Isi Nombor PIN (6 digit kod yang dihantar ke nombor telefon mudah alih pengguna yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun eCCRIS)
Klik butang “Hantar”

3. Tetapkan ID Pengguna/Kata Laluan

Masukkan ID Pengguna anda untuk mengakses eCCRIS, alamat e-mel yang digunakan dan tukar Kata Laluan [panjang kata laluan hendaklah mininum 10 karakter, yang mengandungi gabungan huruf besar (A-Z), huruf kecil (a-z), angka (0-9) dan karakter istimewa ”~!@#$%^&*()_+”
Klik butang “Hantar”

4. Pada skrin “Tetapan Keselamatan”

Pilih satu imej keselamatan dan masukkan frasa keselamatan. Pilih soalan keselamatan dan berikan jawapan bagi setiap soalan keselamatan yang dipilih
Klik butang “Hantar”

5. Setelah mengisi semua maklumat yang diminta, satu mesej pengesahan penerimaan akan dipaparkan.

CARA DAPATKAN LAPORAN CCRIS ONLINE
1. Log masuk eCCRIS anda

2. Untuk mendapatkan laporan CCRIS, pilih “CARIAN”, kemudian klik “Carian Sendiri – Individu”

3. Nyatakan persetujuan anda terhadap kenyataan Penafian, dengan menanda kotak “Saya Setuju”. Seterusnya, klik butang “Carian Laporan”

4. Semasa laporan tersebut dipaparkan pada skrin, klik butang “Muat turun”

5. Kotak mesej akan dipaparkan. Klik butang “Muat turun” untuk muat turun laporan tersebut

6. Klik “Open” untuk melihat laporan atau Klik “Save” untuk menyimpan salinan laporan di tempat simpanan anda sendiri



Laporan yang telah dimuat turun akan disimpan dalam Portable Document Format (PDF) dan dilindungi oleh kata laluan seperti berikut:

Tarikh carian laporan (contoh: 30Oct2018, 10Feb2018)
Tiga (3) aksara pertama ID Pengguna anda (Ahmad, Hanafi)
Contoh: 30Jan2018Ahm, 10Feb2018Han
Selepas memasukkan kata laluan, klik butang OK untuk membuka laporan. Anda memerlukan perisian yang boleh membuka fail PDF, untuk melihat semula laporan yang telah disimpan.

Contoh: Laporan CCRIS yang telah disimpan yang dilihat semula menggunakan perisian Adobe Reader.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta