Sesi mengopi TANPA beli kopi #737 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello mr eddie. Sy nak bertanya, berbaloi tak kalau sy nak beli toyota rush 1.5G thn 2010 or 2011 second hand. Macam mana dari segi maintenance, alat ganti dan pengunaan bahan bakarnya. Sebab sy nak guna untuk perjalanan jauh dan memakan masa lebih utk 10jam utk sekali perjalanan. Mohon pencerahan tuan. Terima kasih. JAWAPAN: Toyota Rush mempunyai chasis/badan yang sama dengan Toyota Avanza. Untuk kereta yang berat seperti Toyota Rush, enjin 1.5cc nya tidak cukup untuk menampung keberatannya, maka akan rasa kereta ini tidak cukup kuasa ketika memotong kereta lain. Kegunaan minyak akan lebih tinggi kerana kekurangan kuasa enjinnya. Bunyi enjinnya akan terasa sangat kuat. Maklumbalas pasaran ialah pemandunya bergoyang seperti dalam sampan. Tempat duduk ketiga hanya boleh duduk budak kecil atau letak barang sahaja. Kos selenggara untuk kereta Toyota tidak tinggi dan tidak banyak isu dengan kereta ini. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |