Sesi mengopi TANPA beli kopi #736 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi mr Eddie. Saya dessy. Saya dalam plan nk membeli xtrail..tp model yg lama..sbb bajet below 20k. Need ur advise regarding maintanance ande etc. Skrg saya guna nissan serena,old modal. Buy on 2010. So far, no problem while Im use it. Tq for u time n advice. JAWAPAN: Kereta Nissan Xtrail memang kereta yang tidak banyak isu. Isu yang selalu dibentangkan ialah isu bunyi bising dari jalanraya ketika memandu. Ada juga yang bermasalah dengan air con kereta ini. Kegunaan minyak akan lebih mahal kerana berat badan yang lebih berat dari kereta sedan. Nissan Xtrail sesuai jika tuan ada jumlah keluarga yang kurang daripada 5 orang. Boot besar belakangnya sesuai untuk menyimpan Stroller dan barang barang kanak kanak. Juga bagus untuk ahli keluarga yang tinggi lampai kerana tempat kakinya luas. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |