Sesi mengopi TANPA beli kopi #735 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Morning tuan, nk tanya cara terbaik utk memiliki kereta secondhand.. saya bergaji 1500 sebulan dan berminat dgn kereta Myvi 2ndhand Samada buat personal loan atau Loan kereta dgn bank? Terima kasih JAWAPAN: Perbezaan paling penting pinjaman persendirian dengan pinjaman bank ialah bunga pinjaman tersebut. Pinjaman persendirian kadarnya antara 8%-12% setahun. Pinjaman bank pula dalam 5%-6%. Perbezaan kedua pula ialah dengan pinjaman persendirian anda boleh pinjam lebih daripada harga kereta tersebut kerana pinjaman tersebut tidak dipersoal pihak peminjam. Jika guna pinjaman dari Bank, pihak bank hanya pinjam 90% dari harga kereta tersebut. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |