Sesi mengopi TANPA beli kopi #734 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi tuan Eddie,saya bercadang ingin membeli kereta terpakai bmw E60 525i 2.5cc thn 2003/04 soalan saya: Bagaimanakah Prestasi kereta tersebut? Dari segi kos penyelengaraan berbaloi tak? Apakah masalah serta kerosakan yang sering berlaku di malaysia ni thanks JAWAPAN: Memang tidak berbaloi untuk membeli kereta BMW terpakai yang sudah berusia walaupun harganya agak murah. Ini kerana kos pembaikian kereta kontinental sangat tinggi dan juga lebih kerap memberikan masalah. Sebagai contoh, Jika gearbox kereta ini dan mechatroniknya rosak, kosnya anggaran RM10k. Kereta BMW terpakai sangat manja. Sering juga mengalami masalah. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |