EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #732

7/25/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #732
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Morning bos Eddie.saya bercadang mahu beli preve second.saya nak tahu ada berapa jenis enjin preve Dan Yang mana paling ekonomik Dari segi penggunaan bahan bakar Dan juga maintenance.

JAWAPAN:

Proton Prevé merupakan kereta sedan padat empat pintu yang dibangunkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton. Ia dilancarkan pada 16 April 2012 sebagai pengganti kepada Proton Inspira . Prevé dibangunkan berasaskan pelantar generasi baharu Proton P2 dan merupakan kereta sedan Proton pertama yang dilengkapi enjin pengecas turbo.

Proton Prevé dijual dengan pilihan dua enjin petrol; masing-masing CamPro IAFM+ dan CamPro CFE. IAFM+ adalah kependekan bagi Modul Udara Masukan Bahan Api Tambahan, manakala CFE bermaksud Kecekapan Bahan Api Bercas. Kedua-dua enjin direka sendiri oleh Proton dengan bantuan teknikal oleh Lotus.

Enjin 1.6L CamPro IAFM+ I4 pernafasan biasa berupaya menghasilkan 107 horsepower (80 kW) pada 5,750 rpm dan 150 Nm kilasan pada 4,000 rpm. Ia boleh digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan Getrag ataupun CVT enam kelajuan Punch Powertrain VT2 .[14] Enjin CamPro IAFM+ juga digunakan pada Proton Saga FLX SE.

Enjin 1.6L CamPro CFE 4 yang lebih berkuasa menampilkan pengecas turbo tekanan rendah dengan penyejuk perantara yang menghasilkan 138 horsepower (103 kW) pada 5,000 rpm dan 205 Nm kilasan antara 2,000 hingga 4,000 rpm. Enjin ini hanya digandingkan dengan CVT tujuh kelajuan Punch Powertrain VT3, juga dikenali sebagai ProTronic, transmisi manumatik versi Proton. Proton mendakwa prestasi enjin turbo 1.6 liter CamPro CFE setanding dengan enjin 2.0 liter pernafasan biasa. Enjin CamPro CFE menggunakan 6.6 liter bahan api setiap 100km, pada kelajuan malar 90km/j dan direka bagi memenuhi keperluan piawaian emisi Euro V walaupun tiada penguatkuasaan piawaian emisi dalam pasaran domestik.

Enjin paling ekonomi dan kurang selenggara ialah enjin Enjin 1.6L CamPro IAFM+, iaitu enjin tanpa turbo cas

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta