EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #731

7/25/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #731
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello mr Eddie, any opinion regarding mazda cx3?

JAWAPAN:

Mazda CX-3 GVC tampil dengan rekaan yang mengetengahkan rekaan KODO, yang sememangnya menjadi identiti MAZDA dalam membangunkan model keluarannya.

Pastinya, gaya dan rekaan luaran yang ditampilkan menerusi Mazda CX-3 GVC ini membuatkan ramai terliur pada pandangan pertama, apatah lagi dengan badan yang kompak dan 'solid', ia sangat sesuai dengan keperluan jiwa muda tidak kira lelaki atau wanita.

Menggunakan enjin SKYACTIV-G 2.0 liter, empat silinder sebaris, DOHC 16 Valve, ia mampu menghambur 154 kuasa kuda (hp), manakala tork puncak 204 Nm.

Bagi aspek keselamatan, Mazda CX-3 dilengkapi dengan kawalan kestabilan elektronik DSC, kawalan cengkaman, ABS dengan EBD dan Bantuan Brek, enam beg udara, syarat Kecemasan Berhenti (ESS), dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Dari segi penggunaan bahan api pula, Mazda CX-3 menawarkan kecekapan yang baik iaitu sekitar tujuh liter bagi setiap 100 kilometer (km).

Mazda CX3 bukan direka untuk penggunaan yang menekankan keperluan ruang dalam kereta atau bawa barang. Kereta ini agak kecil saiznya kalau dibanding dengan kereta lain yang sama harga.

Kos selenggara akan lebih tinggi daripada kereta Jepun lain. Selain itu, tidak banyak isu dengan kenderaan ini.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta