EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #726

7/25/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #726
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai bos mau tanya. Waja, absorber problem. Kereta melantun dekat jalan beralun, bergesel tayar. Boleh bertahan ke bos? Atau wajib dah serah ke workshop?

JAWAPAN:

ABSORBER atau penyerap hentak berfungsi membantu mengawal impak dan pergerakan spring dan suspensi kenderaan untuk meminimumkan gegaran dan lantunan. Selain menyumbang kepada pemanduan yang lancar, komponen ini juga memastikan tayar kenderaan kekal menyentuh permukaan jalan sepanjang masa. Ini memberikan anda respon kawalan dan brek yang baik daripada kenderaan dipandu.

Menggantikan absorber ialah satu-satunya pilihan yang ada apabila komponen itu menunjukkan tanda-tanda kerosakan atau terlalu haus kerana sudah lama digunakan. Sila ingat 5 simptom di bawah ini yang menunjukkan kegagalan absorber:

1. KERETA MELANTUN

Apabila absorber rosak, longgar atau tersekat, tayar tidak mampu menyentuh permukaan jalan dengan betul dan menyebabkan pemanduan jadi melantun, dan tidak selesa.

2. BADAN KENDERAAN TERLALU MERUDUM KE DEPAN KETIKA MEMBREK

Absorber anda bermasalah jika setiap kali membrek menyebabkan bahagian depan kereta menjunam terlalu ke dalam. Lebih teruk, posisi kenderaan berganjak tanpa boleh dikawal dan itu sememangnya petanda yang menunjukkan absorber kereta anda bermasalah.

3. KERETA BERGANJAK KETIKA MENEMPUH ANGIN LINTANG
Anda sepatutnya tidak perlu membetulkan arah stereng kereta ketika sedang memandu perlahan atau santai. Jika kereta cenderung tidak lurus atau terpesong apabila melalui kawasan angin lintang atau melalui laluan berangin kuat, ketahuilah anda sedang berdepan masalah absorber.

4. STERENG GEGAR

Jalan tidak rata secara semula jadi menyebabkan roda stereng bergegar, tetapi jika gegaran masih ada walaupun memandu atas permukaan jalan rata, itu antara tanda serius tentang absorber yang rosak. Elakkan memandu laju kerana gegaran itu boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal.

5. BUNYI DETAR
Absorber diikat pada tempatnya dengan penyendat (bushing) getah. Apabila getah haus, bunyi ketukan atau detaran (rattle) akan terhasil. Ini termasuk bunyi pelik seperti dengung dari tayar yang menunjukkan sentuhan dengan permukaan jalan sudah tidak sekata.

Kalau ada isu absorber, elok DITUKAR untuk keselesan perjalanan dan tayar tidak haus begitu cepat.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta