Sesi mengopi TANPA beli kopi #725 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Eddie, nak cari second hand car mana lagi elok CRV ke HRV? JAWAPAN: Perbandingan HRV dan CRV ENJIN Honda HR-V dijual dengan engine ber cc 1.8, 4 selinder enjin yang memberikan 141 horsepower and 127 tork Honda CR-V pula datang dengan enjin 2.4-liter 4 selinder yang memberi kuasa 184 hp dan 180 tork. CRV jauh lebih berkuasa SAIZ HR-V berukuran 169 inci dari bumper depan ke bumper belakang, 63.2 inci tinggi, dan 69.8 inci lebar. CR-V pula berukuran 180 inci dari bumper depan ke bumper belakang, 66.1 inci tinggi, dan 73 inci lebar. CRV jauh lebih besar HARGA Harga baru HRV bermula pada RM 108,800. Harga baru CRV bermula pada RM137,500 Kedua-dua kereta adalah kenderaan SUV ataupun dipanggil kenderaan pelbagai guna. Honda CRV merupakan kenderaan SUV dikategori di atas Honda HRV. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |