Sesi mengopi TANPA beli kopi #723 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi bos, selamat malam. Nak tanya, antara perodua aruz dan perodua alza, mana lebih best dari segi maintenance, spec dan lain2... Terima kasih. Urgent bos. JAWAPAN: Aruz merupakan sebuah kenderaan yang berada dalam kelas B, dan bersaing secara terus dengan Toyota Rush, Honda BRV, Toyotao Avanza, dan Perodua Alza. Memang tak dinafikan, Alza lagi murah berbanding dengan Aruz. Tapi Alza sudahpun berusia 9 tahun di pasaran dan masih menggunakan enjin 1.5 DVVT yang lama. Alza menggunakan chassis monocoque, dan lebih bersifat kereta pada pemanduan. Aruz pula model terbaru yang menggunakan chassis ladder frame, dan berada tinggi dari permukaan jalan berbanding dengan Alza. Dari segi ruang pula, Aruz menawarkan ruang yang lebih besar, lengkap dengan lampu LED dan juga sistem ASA 2.0. Kos selenggara Perodua Alza akan lebih murah dari Perodua Aruz. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |