Sesi mengopi TANPA beli kopi #716 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi tuan, sy ada soalan berkaitan penjualan kereta... Jika owner dah x mampu nk byr kereta lg.....tp nk jual, dan mslhnya kereta br dua tahun pakai , ada cadangan tak apa yg perlu owner buat..owner ada mslh kewangan dan bercadang utk jual mslhnya dia x ckup wang utk cover jika kena tambah lg duit.... JAWAPAN: Jika kereta hutang lebih daripada harga pasaran, maka penjual perlu tambah wang untuk menjual keretanya. Jika tiada wang untuk tambah wang, elok diserah balik kepada pihak perbankan sahaja untuk dilelongkan. Walaupun nama akan di senarai hitam, sekurangnya hutang kereta akan dikurangkan kerana penjualan kereta di medan lelong akan KURANGKAN hutang tersebut. Tuan pemilik boleh selesaikan baki hutang perlahan-lahan. Ini lebih baik daripada nasihat lain yang akan diberi iaitu 1) Simpan kereta (lagi lama simpan, lagi tiada nilai kereta itu) 2) Sambung bayar kereta kepada orang lain (menyalahi undang-undang dan akan memberi bayar masalah kelak) Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |