Sesi mengopi TANPA beli kopi #708 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Mau tanya apa beza dgn lama puya suv dgn tulis 4wd atau full time four wheel sama dgn suv baru dgn tulis Awd? JAWAPAN: Apa itu 4-Wheel-Drive atau 4WD atau 4X4? Ini adalah sistem pacuan empat roda yang paling tradisional, dan walaupun bunyinya mudah – iaitu keempat-empat roda digerakkan, ia tidaklah semudah yang disangkakan. Di dalam sistem ini, tenaga dari enjin akan pergi transfer case, iaitu satu komponen di dalam sistem transmisi. Dari kotak transfer-case, tenaga diagihkan secara sama rata kepada roda depan dan belakang. Apa yang terjadi ialah semua roda akan berpusing pada kelajuan yang sama, dan ini sebenarnya menimbulkan masalah, terutama bila kenderaan sedang mengambil selekoh. 4X4 drive train Untuk mengambil selekoh, tayar di sebelah dalam akan berputar LEBIH PERLAHAN dari tayar di sebelah luar. Jika transmisi tidak mampu membenarkan keadaan di atas di mana roda dalam lebih perlahan dari yang di sebelah luar, kenderaan akan hilang kawalan kerana roda dalam akan terpusing atau ’spin”. Ia juga bermakna semakin kurang tenaga untuk “menolak kenderaan itu ke hadapan”. 4x4 mode Kerana itu, sistem 4X4 sekarang membenarkan pemandu memilih mod 4X4 atau 2X4, di mana roda belakang sahaja yang akan berputar. Ini menjimatkan tenaga dan bahan api, serta membolehkan kenderaan anda bergerak di atas jalan tar dengan lebih laju dan selamat. Transfer-case juga mempunyai dua mod untuk 4X4 – High dan Low. Mod 4X4 High ialah untuk pemanduan dalam mod 4X4 yang memerlukan kelajuan yang lebih tinggi. Contohnya, jalan tanah rata yang lurus. Mod 4X4 Low pula ialah untuk permukaan jalan yang sangat licin, seperti lumpur dan pasir dalam, atau apa-apa lagi keadaan yang memerlukan gear yang lebih rendah. 4X4 Low mempunyai halaju maksimum dan sekiranya dilanggar had tersebut, sistem transmisi akan rosak. Kenderaan yang menggunakan transmisi 4X4 selalunya ialah SUV hardcore seperti Mitsubishi Pajero, Land Rover Defender, Suzuki Jimny dan trak-trak pikap lazim seperti Ford Ranger, Toyota Hilux, Mazda BT-50, Nissan Navara dan lain-lain. Kenderaan 4X4 akan mempunyai lower transfer case, dan butang atau knob atau tuil untuk memilih mod 2X4 atau 4X4 High/Low. AWD atau All-Wheel-Drive AWD ialah teknologi yang lebih baharu dan ia sering digunakan oleh kenderaan seperti kereta atau crossover/SUV dengan fokus kepada fungsi urban. Ia bermula bila ramai yang mengadu mereka tidak dapat ke mana-mana kerana salji yang menutupi jalanraya. Kerana itulah AWD diwujudkan. Untuk membantu kenderaan agar mudah dikawal di atas permukaan jalanraya bersalji. Sistem AWD ini tidak seperti sistem 4X4 – sistem AWD selalunya sentiasa dalam keadaan beroperasi (sistem 4X4 selalunya dalam keadaan RWD sehingga dipilih mod 4-High atau 4-Low) Sistem AWD menggunakan sistem mekanikal atau sistem elektronik. Sistem AWD mekanikal selalunya menggunakan tiga jenis differentials atau pembeza atau selongsong Differential ialah satu set gear yang mampu menyalurkan tenaga dari enjin ke gandar hadapan atau belakang, dan antara roda kiri dan kanan. Ia sangat berguna untuk memastikan kuasa disalurkan ke roda-roda yang mendapat traction atau cengkaman, dan ia mengurangkan kuasa ke roda yang tidak mempunyai cengkaman. Kerana itu, ia juga berguna untuk kenderaan-kenderaan yang mempunyai kuasa kuda yang sangat tinggi. Contohnya, Lamborghini Gallardo LP560-4 (pacuan empat roda) jauh lebih mudah dipandu berbanding dengan Gallardo LP550-2 (pacuan dua roda). huracan drift Untuk kenderaan dengan kuasa kuda yang lebih normal, sistem AWD membantu cengkaman dalam keadaan jalanraya licin. Musim hujan contohnya. Sistem AWD elektronik pula menggunakan sensor untuk mengesan roda mana yang hilang cengkaman dan pelbagai aspek lain sebelum komputer menentukan kuasa perlu disalurkan ke roda yang mana satu. Ia sangat pintar dan sangat cepat, bermakna pindahan tenaga tidak akan dirasai langsung. Di Malaysia, sistem AWD mula popular selepas Perodua melancarkan Kembaranya. Sayangnya, sistem AWD tidak selasak sistem 4X4 dan tidak sekuat 4X4, dan kerana itu, ia tidak mampu menyalurkan sepenuh tenaga ke roda-roda sepatutnya. Bebanan yang dikenakan terlalu “berat” untuk sistem AWD pada SUV baharunya kawal. Siapa perlu AWD dan siapa perlu 4X4? Untuk mereka yang banyak memandu di sekitar bandar, AWD lebih sesuai kerana ia menjimatkan penggunaan bahan api, ia lebih selamat pada kelajuan laju dan ia mudah digunakan, Sistem 4X4 yang ada pada trak-trak atau jalopy mungkin lebih besar, lebih berat dan kurang menjimatkan tetapi ia adalah sistem paling lasak dan mampu membenarkan trak-trak dan 4X4 lain turun padang dan membantu masyarakat semasa darurat banjir dan lain-lain lagi. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |