Sesi mengopi TANPA beli kopi #705 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi morning boss.. Nak tanya boss,tentang mitsubishi triton 1st model dan toyota hilux 7th gen..tentang kuasa..keselesaan dan maintenance..mane yg lebih baik tuan? Terima kasih.. JAWAPAN: Mitsubishi Triton first model sebenarnya adalah model yang dihasilkan antara tahun 1978 - 1986. Rasanya tuan merujukkan kepada Triton generasi ke 4 (2005 - 2014) Model ini bersaing dengan Toyota Hilux generasi ke 7 (2004 - 2015) Di dunia 4x4, Toyota Hilux adalah Rajanya. Ia terkenal dengan kekuatan enjin kereta untuk mengharungi kawasan bukit bukau, kos selenggara yang tidak begitu mahal dan kenderaan yang tidak memberi banyak isu. Bab keselesaan, kenderaan 4x4 selalunya kalah kepada kereta sedan kerana profil kereta tinggi dan ini membuat kereta terhuyung hayang. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |