EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

​Sesi mengopi TANPA beli kopi #701

7/23/2019

0 Comments

 
Picture
​Sesi mengopi TANPA beli kopi #701
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Tuan Eddie.

Saya ada soalan,
Berbaloikah beli kereta terpakai honda city tahun 2010 dengan milleage 180k km ? Harga otr rm39,900.

Bagaimana dengan penyenggalaraan , minyak. Dan biasanya berdasarkan pengalaman , apa masalah yang sering d timbulkan oleh honda city 2010 ini? 

Terima kasih tuan eddie.
Dan terakhir, bagaimana ingin menjaga kereta ini ( part2 yg harus di titik beratkan untuk jaga) yg sudah hampir 10 tahun usianya...?
Terima kasih skli lgi

JAWAPAN:

Tiada banyak isu dengan Honda City tahun 2010. Memandangkan ini adalah kereta terpakai, tuan masih perlu periksa condisi kereta ini. Jika pemilik kereta sebelum ini menjaga keretanya, maka anda bertuah memiliki kereta ini. 

Di bawah adalah cadangan untuk meneliti 
sebuah kereta terpakai

Periksa keadaan fizikal kereta - Disini, anda dinasihatkan membuat kerja detektif! 

Antara perkara-perkara penting yang praktikal untuk anda periksa semasa bersama dengan pemilik kereta adalah seperti berikut = 
1. Pastikan tingkap semua berfungsi dengan elok, baik manual atau automatik - pastikan semuanya lancar.
2. Tali pinggang keledar berfungsi dengan elok.
3. Suis lampu, signal, emergency light, high beam, reverse light dan sebagainya masih berfungsi.
4. Pintu, bonet depan dan belakang boleh dibuka dengan elok tanpa perlu 'password', maksudnya sini ada saja pintu kereta yang susah dibuka kerana masalah teknikal dalaman.
5. Periksa jika ada keretakan cermin, wiper tak larat nak lap tingkap depan, side-mirror tak boleh nak adjust.
6. Suis elektronik semua berfungsi seperti, penghawa dingin, radio, tolok air-cond, lampu kabin.
7. Tempat duduk penumpang dan pemandu boleh diselaras dengan baik, tak ada kesan pernah masuk air banjir.

Ujipandu / Testdrive - Minta izin pandu uji kereta itu, untuk memeriksa = 
1. Sistem suspensi / Shock Absorber = Anda pasti boleh menilai adakah sistem suspensi dalam keadaan baik atau tidak.
2. Steering Freeplay = Kalau banyak sangat freeplay dekat steering itu, anda dah boleh catitkan dalam otak untuk sesi berdebat harga nanti.
3. Pandu di kawasan lengang = bawa cukup-cukup laju lepas tu lepaskan tangan, kalau kereta menghala ke kiri/kanan, ada masalah dengan alignment dan yang lain lah tu.
4. Pandu di kawasan lengang = bawa secukup laju, lepaskan tangan dan tekan brek, kalau kereta menghala ke kiri/kanan, ada masalah dengan sistem brek lah tu.
5. Lancar ke tidak bila tukar gear (manual) , enjin meraung (rasa pelik) bila tukar gear kalau auto, ada masalah gearbox dan mungkin juga kerana masalah lain.
6. Sebaiknya ajak sekali rakan mekanik anda untuk test drive kereta ni kerana mereka lebih mengetahui.

Di bawah adalah tip ringkas manjaga sebuah kereta:

1. Memeriksa dan menukar minyak enjin secara berkala. Pastikan tiada kebocoran pada pam minyak. Penukaran minyak enjin secara berkala mampu memanjangkan jangka hayat enjin.

2. Memeriksa dan menukar minyak gear secara berkala. Penukaran minyak gear secara berkala juga mampu untuk melancarkan penukaran gear dan memanjangkan jangka hayat gearbox anda.

3. Sistem Penyejuk juga penting bagi mengelakkan enjin anda terlalu panas. Pastikan tangki radiator sentiasa diperiksa.

4. Bersihkan kenderaan anda setiap bahagian.terutama di kawasan tayar, pastikan tidak berlaku sebarang kebocoran pada getah yang melindungi drive sharp yang boleh menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang tinggi.

5. Gunakan minyak yang sesuai untuk setiap bahagian yang memerlukan minyak, terutama bahagian enjin

6. Membasuh kereta memang penting untuk menjaga kereta anda, namun polish juga perlu ,untuk menyingkir tar atau kotoran lain.

7. Guna gris oil bagi sendi atau part kenderan yang sering kali dibuka dan tutup

8. Untuk bahagian dalaman kereta, jaga bahagian plastik dengan baik. Jangan jemur kenderaan tengah panas, kalau terpaksa juga, gunakan cover pelindung yang sesuai.

9. Periksa minyak brek dengan berkala, pastikan ianya mencukupi, dan tidak berkurangan.Minyak brek, serta pad break juga perlu diperiksa secara berkala. 

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta