EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #699

7/23/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #699
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

As salam
Saya nak tanya tentang masalah teknikal kereta saya. Semalam dah tukar alternator sebab isyarat bateri di dahsboard menyala. Lepas tukar alternator, lampu bateri tersebut kembali normal.

Cuma hari ni, semasa saya bawa bersiar-siar, kereta bergerak dlm keadaab tersengguk terutama guna gear rendah. Saya tak pasti mengapa.

Harap Encik boleh bantu untuk fahamkan saya berkaitan masalah tersebut.

Terima kasih.

JAWAPAN:

Penyebab-Penyebab Kereta Semput Bila Tekan Minyak

1. Tanda spark plug kereta rosak. Apabila plug rosak, spark yang terhasil menjadi lemah lalu mengakibatkan pembakaran udara / bahan api yang tidak sempurna.

2. Masalah kabel spark plug. Binaan dalaman kabel spark plug kebiasaannya diperbuat daripada serbuk karbon mampat (untuk menghambat RFI). Seiring perjalanan masa, kerosakan, kehausan dan penurunan prestasi akan berlaku. Ini seterusnya menyebabkan penghantaran voltan tinggi ke spark plug terganggu lalu berakibat pembakaran udara / bahan api yang tidak sempurna.

3. Tanda distributor rosak. Masalah berkaitan distributor adalah masalah yang sangat-sangat lazim berlaku. Tidak mengira sama ada distributor mekanikal (contact point) mahupun elektronik. Bagi distributor mekanikal, masalah berkaitan contact point dan condenser (capacitor) yang sering terjadi. Manakala bagi distributor elektronik, masalah berkaitan ignition coil binaan dalam yang sering berlaku.

4. Tanda coil plug kereta rosak. Apabila coil mulai bermasalah, maka kesannya spark yang terhasil pada plug akan terganggu. Ini seterusnya mengakibatkan pembakaran udara / bahan api di dalam silinder tidak sempurna.

5. Masalah penapis udara (air filter) tersumbat. Sekiranya air filter digunakan terlalu lama, masalah tersumbat biasa terjadi. Air filter yang tersumbat juga akan meningkatkan penggunaan bahan api.

6. Masalah fuel filter tersumbat. Kebiasaannya masalah tersumbat akan terjadi. Ini juga biasa menjadi penyebab masalah semput pada kereta.

7. Masalah karburetor tersumbat. Seiring perjalanan masa, kotoran dan mendapan biasa terbentuk di dalam karburetor. Ini juga sering menjadi penyebab masalah kereta semput. Karburetor perlu dibuka dan diservis.

8. Tanda fuel pump rosak. Kerosakan berkaitan fuel pump kebiasaannya terbahagi kepada dua kategori. Pertama, fuel pump yang rosak terus. Jika fuel pump sepenuhnya rosak, ia akan berakibat enjin langsung tak boleh dihidupkan. Kedua, tekanan pam tidak mencukupi. Jika tekanan pam tidak mencukupi, ianya juga boleh menyebabkan masalah semput. Enjin mungkin hidup dalam keadaan melahu (idle) tetapi akan semput apabila pedal throttle ditekan. Adakalanya ujian tekanan fuel pump perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca masalah.

9. Masalah berkaitan fuel injector. Kegagalan fungsi normal fuel injector sememangnya boleh menyebabkan masalah semput. Diantara penyebab-penyebab berkaitan seperti kerosakan, kotor, tersumbat dan kepincangan proses buka dan tutup injector itu sendiri. Masalah-masalah ini juga boleh menyebabkan suntikan bahan api ke dalam silinder menjadi terlalu 'rich' atau 'lean'. Kepincangan suntikan bahan api ideal boleh mencetuskan lampu amaran check engine pada meter paparan pemandu.

10. Masalah berkaitan fuel pressure regulator. Fungsi utamanya adalah mengatur tekanan bahan api yang ideal dalam fuel system. Kepincangan fungsi pressure regulator akan mengganggu suntikan bahan api yang ideal ke dalam silinder. Ia juga menjadi salah satu penyebab masalah semput pada kenderaan.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta