EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #697

7/23/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #697
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Salam tuan. Saya berminat nak beli mpv toyota serena hybrid second. Saya nak tanya macam mana penjagaan kereta berkenaan dan beteri yang digunakan boleh beli di kedai biasa ke.

JAWAPAN:

Kereta hybrid adalah kereta yang menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk menggerakkan kereta tersebut. Ianya menggunakan samaada minyak petrol ataupun diesel bersama-sama dengan sebuah motor elektrik.

Faktor utama yang paling bagus pada sesebuah kereta hybrid adalah, ianya mampu mengurangkan penggunaan minyak petrol sebagai bahan bakar dalam enjin. Selain itu, kereta jenis ini juga membebaskan lebih sedikit gas karbon dioksida (CO2) berbanding kereta yang biasa.

Kereta hibrid adalah agak berat kerana bateri berat yang dipasang di dalam kereta. Atas sebab inilah mengapa pengeluar kereta hibrid mengintegrasikan enjin pembakaran dalaman yang lebih kecil dan dibina dengan bahan-bahan ringan dan binaan luar yang aerodinamik dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan kereta hibrid. Ini bermakna bahawa kereta hibrid tidak boleh bergerak dengan kepantasan maksimum.

Kereta hibrid juga memiliki kesenyapan enjin yang membolehkan anda keluar-masuk rumah tanpa mengejutkan sesiapa pada tengah malam atau awal pagi.

Satu lagi isu mengenai kereta hibrid adalah bahawa ia sangat berisiko dalam kemalangan. Apa yang membuatkan kereta hibrid berkesan dalam teknologinya adalah juga apa yang membuatkan ia berisiko jika ia terlibat dalam kemalangan. Ini adalah kerana kereta hibrid menyimpan jumlah voltan yang tinggi dalam bateri. Ini bermakna bahawa terdapat peluang yang tinggi mendapat kejutan elektrik apabila anda terlibat dalam kemalangan. Ini juga bermakna agak sukar untuk penyelamat untuk menyelamatkan pemandu dan penumpang keluar dari kereta hibrid kerana bahaya voltan tinggi di dalam kereta.

BERAPA LAMA BATERI HIBRID BERAKHIR?

Pengeluar secara am menawarkan kereta hibrid dengan jangka hayat sekitar 8 tahun tanpa had perbatuan.

Kos baterinya agak mahal. Ada yang berpuluh RIBU dan tidak dapat beli dari kedai biasa.

Oleh kerana faktor harga bateri baru, harga hybrid terpakai agak murah.

Bab penjagaan bateri kereta, ia adalah penting untuk memastikan bateri dalam lingkungan 40 hingga 60 ratus cajnya. Ini bagi memanjangkan jangka hayat bateri.

Untuk selenggaraan kereta hybrid, brake pads, filter angin dan minyak hitam tidak begitu sering ditukar seperti kereta biasa. Akan tetapi perlu cari mekanik yang mahir dalam kenderaan hybrid untuk selenggara dan ini akan menaikkan kos.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta