Sesi mengopi TANPA beli kopi #694 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Bos saya guna kereta Honda Accord tahun 2017 baru...2.0....minyak petrol mana yang bagus Bos... JAWAPAN: Ramai pengguna salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata. Enjin yang memerlukan nilai RON yang tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI. Honda Malaysia pernah mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikatnya serasi dengan minyak petrol RON95. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |