Sesi mengopi TANPA beli kopi #693 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: boss bmw 330e 2017 review ok x? maintainance mahal x JAWAPAN: BMW 330e Sport dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada bulan Ogos tahun 2016. BMW 330e menggunakan enjin yang sama seperti kebanyakan 3 Series F30, iaitu enjin empat silinder 2.0 liter B48 TwinPower Turbo, dan ia ditala untuk memberi kuasa sebanyak 184 hp pada antara 5,000 hingga 6,500 rpm, dan 290 Nm tork antara 1,350 hingga 4,250 rpm, sama seperti varian 320i. Untuk pengetahuan anda, BMW menyiarkan bahawa kenderaan ini boleh mencatat penggunaan bahan api bercampur serendah 2.1 liter/100 km, dan dengan menggunakan bateri sahaja, ia boleh bergerak sehingga 35 km. Selain itu, anda juga boleh bergerak sehingga kelajuan 80 km/j dengan kuasa bateri sahaja, dan lebih tinggi daripada itu, ia akan menggunakan kuasa enjin petrol. Selain pengecas tiga pin yang diberikan sekali dengan kereta, pemilik juga mempunyai pilihan untuk membeli kabel pengecas Mennekes Type 2, pada harga RM1,442. Dengan adanya kabel ini, dan kad akses yang diberikan sekali, pemilik boleh mengecas kereta di stesen pengecas ChargEV di seluruh negara yang kebanyakannya berada sama ada di stesen minyak ataupun pusat membeli-belah. Walaubagaimanapun, tidak semua stesen ini menyediakan pengecas Type 2 dan anda perlu mencari pula tempat yang mempunyainya. Di sinilah tempat mengejas memberi isu. Selain BMW, Mercedez dan Volvo juga ada kereta bersistem Hybrid begini. Oleh itu, anda mungkin perlu tunggu giliran di tempat yang ada sistem caj. Selain itu juga, perlu tunggu masa dalam 2 jam untuk bateri dicaj hingga penuh kalau bateri sudah sampai 0%. Kalau tidak, gunakan sahaja caj 3 pin yang BMW bagi, masa yang perlu caj di rumah ialah anggaran 3 jam. Memandangkan kereta tahun 2017 masih dalam lingkungan waranti 5 tahun bagi kereta baru, isu kereta ini belum lagi wujud dan kalau ada boleh dibaiki tanpa bayaran di BMW. Kereta Hybrid tidak mempunyai nilai jual balik yang bagus di pasaran. Setelah waranti sudah tamat, kos selenggara kereta BMW juga tidak murah. Hanya di kedai yang baiki BMW sahaja dapat selenggara kereta ini dan ini meningkatkan kos servis selepas tamat waranti. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |