Sesi mengopi TANPA beli kopi #690 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Salam sejahtera brother Eddie..saya sedang buntu nak memilih SUV terpakai iaitu CRV atau CX5.. antara 2 model ini mana lebih berbaloi dibeli dengan mengambil kira kos selenggara, kos dan kemudahan sparepart dll.? JAWAPAN: SUV yang paling lama dan popular di pasaran ialah Honda CRV yang telah mengawali pasaran SUV sejak dilancarkan pada tahun 1997. Kereta ini sudah terbukti di pasaran. Jika faktor pilihan kereta untuk tuan ialah kos selenggara, kos alat ganti dan kemudahan mendapat alat ganti, maka Honda CRV adalah pilihan untuk tuan. Mazda CX5 hanya mula mencabar pasaran SUV pada tahun 2012. Syarikat kenderaan Mazda lebih mementingkan desain kereta yang cantik dan handling kereta sebagai titik penjualan kereta. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |