Sesi mengopi TANPA beli kopi #687 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Ape pandangan anda berkenaan mazda 5 2012, Ape common issue tuk kereta ni JAWAPAN: Mazda 5 Exterior Kebaikkan: - Dari segi aerodinamik, cermin depannya melunjur ke depan dashboard membelah angin dan air dengan baik. Juga boleh kalis batu dari jalanraya. - Ketinggian kereta ni agak rendah. Sesuai untuk cruising di lebuhraya dan cornering. - Di bumper sudah sedia ada platform untuk pasang roof bar. - Ada auto sunroof. - Auto back door. Sesuai jika ada anak kecil dan membantu apabila mengambil barang. Kekurangan: - Bumper belakang ibarat platform untuk meletak barang. Desain begini membuat bumper senang dicalarkan. - Disebabkan ketinggian kereta ni rendah, bahagian bawah kereta senang digesel bonggol. - Jarak antara belakang kereta dan tempat duduk terakhir agak dekat. Bahaya dalam keadaan kecemasan yg tidak diingini. Interior Kebaikkan - Suasana semasa memandu ibarat pandu sedan, bukan MPV. - Boleh kuasai pintu belakang dari pemandu. - Aircond sejuk. Dibelakang juga ada blower berasingan. - Karakuri seat mmg bagus. Bila tak ramai yg naik, seat tengah boleh simpan. Dalam jadi lebih luas lagi. - Bila jatuhkan semua seat belakang, dah jadi kereta pick up. Kekurangan - Keseluruhannya, dalam agak sempit jika digunakan sebagai mengangkut penumpang dan barang. - Bahagian depan kurang tempat untuk letak barang. - DVD player biasa yg biasa dijual murah kat kedai eksesori, GPS navigator pula tak boleh dihidupkan untuk beberapa minit lepas start enjin, dan akan melambatkan mencari signal. - Lubang aircodn di panel tengan perlu dihala ke seat belakang sekali jika ada orang disitu kerana blower belakang tak sampai orang belakang. - Tempat sandar seat tengah yang boleh lipat karakuri tu, senang rosak. - Seat belakang sempit dan rendah bumbungnya, sesuai untuk budak kecil sahaja. Jika ada orang duduk dibelakang, back mirror driver tak nampak belakang kereta. Pemanduan/handling Kebaikkan: - Perjalanan di lebuhraya dan jalan biasa stabil. Sesetengah mpv di jalan biasa tidak boleh jalan laju sebab suspension belakang bouncing. Lebih-lebih lagi di jalan tak rata. - Pikap kereta agak baik dan sesuai untuk small minivan yang penuh penumpang. Naik bukit juga tak bermasalah kerana gear triptronix boleh ditukar ke manual. Kekurangan: - cornering kereta tidak begitu menyenangkan pengalamannya. Kegunaan minyal - Terpulang cara pemanduan. Untuk pemanduan biasa kegunaan minyak menjimatkan. Tetapi jika jenis yang bawa tak berapa elok, penumpang/barang selalu full, blower depan belakang kuat etc, kegunaan minyak agak tinggi. KESIMPULAN Mazda 5 sesuai dan praktikal untuk kegunaan keluarga kecil yang selalu mengembara. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |