Sesi mengopi TANPA beli kopi #682 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Morning.. Nak tnya.. Kereta masih ada loan lgi.. Kalau nk tukr kereta kna settlekn loan lmakn.. Klu loan lma bwk ke loan kereta bru blh kr? JAWAPAN: Berikut merupakan langkah-langkah selamat untuk tukar beli kereta lama anda: 1. Dapatkan jumlah “full settlement” kereta anda dengan pihak bank anda membuat pinjaman. 2. Sekiranya jumlah Full Settlement lebih dari harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, anda perlu tambah jumlah yang kurang tersebut. 3. Sekiranya jumlah Full Settlement kurang dari Harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, syarikat used car tersebut akan membayar kepada anda lebihan tersebut. 4 Buat semakan harga pasaran kereta anda. 5. Jika anda sudah mengetahui harga pasaran, harga trade-in pada kebiasaanya akan lebih rendah 4-10k dari harga pasaran. Loan lama tidak boleh dibawa ke loan kereta baru. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |