Sesi mengopi TANPA beli kopi #680 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hye sir, boleh bagi pandangan tentang Kia Cerato 1.6kx, dari segi masalah yg dihadapi dan yg baik tentang kereta ini tq JAWAPAN: Kia Cerato diperkenalkan di Korea Selatan pada tahun 2003, ia berkongsikan platfom dengan kereta Hyundai Elantra (XD) dan menggunakan Hyundai's Beta II (G4GC) (CVVT) enjin. Di pasaran Malaysia, generasi pertama Spectra di lancarkan di Malaysia pada 15hb Ogos, 2007 sebagai "Spectra5" Kia Forte menggantikan Kia Spectra pada tahun 2009. Kia Cerato pula mengantikan Kia Forte pada tahun 2013. Pujian Kia Forte bermula pada rekaan bentuk luarannya yang mempunyai ciri kereta Eropa. Ini kereta ketua pereka dari kereta mewah Audi telah menyertai syarikat Kia pada tahun 2007. Setelah kereta ini berada di pasaran 5 tahun, isu utama kereta ini adalah 1. Kedai servis Kia yang tidak begitu bagus 2. Handling kereta tidak setaraf kereta lain 3. Bunyi enjin kuat boleh dengar dari dalam kereta 4. Radio tidak dapat terima saluran dengan lancar 5. Cat kereta walaupun baru tidak sama rata Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |