EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #679

7/19/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #679
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Mcm mna mau tebus insurance
Kereta i accident td

JAWAPAN:

Tuntutan kemalangan

Terdapat dua jenis tuntutan kemalangan yang anda boleh buat sekira berlakunya kemalangan. Bergantung kepada kemalangan, tuntutan yang terlibat adalah sama ada 
1) tuntutan kerosakan sendiri atau 
2) tuntutan pihak ketiga.

Apakah dia tuntutan kerosakan sendiri?

Tuntutan kerosakan sendiri bermakna membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda sendiri (sekiranya anda diinsurankan di bawah perlindungan komprehensif). Anda akan kehilangan diskaun tidak menuntut (NCD).

Jika berlaku kemalangan, anda dinasihatkan memberitahu syarikat insurans anda secepat mungkin. Bila anda melaporkan kemalangan kepada penginsurans, tanyakan nama dan lokasi bengkel panel untuk baikki kereta anda. Sebelum anda hantar kereta ke bengkel panel, anda perlu gisi Borang Laporan Kemalangan Motor yang akan dikemukakan dengan lain-lain dokumen yang diperlukan kepada penginsurans anda.

Bengkel panel selalunya akan mula membaikki kereta anda setelah penginsurans menerima segala dokumen yang diperlukan daripada anda. Bila kereta siap, anda akan dihubungi untuk mengambilnya.

Apakah dia tuntutan pihak ketiga?

Jika anda tak bersalah dalam kemalangan tersebut, anda berhak membuat tuntutan pihak ketiga. Dalam hal ini, anda masih memilikki keistimewaan tidak membuat tuntutan (NCD).

Ada dua cara untuk buat tuntutan pihak ketiga. Kerana kedua-dua pihak mempunyai syarikat insurans sendiri, anda boleh 
1) kemuka tuntutan terus kepada syarikat yang insurans pihak yang bersalah, atau jika diinsurankan di bawah perlindungan komprehensif, anda boleh

2) kemuka tuntutan terus kepada syarikat anda.

Jika anda ingin mempercepatkan tuntutan anda, mengemukakan terus kepada penginsurans anda adalah pilihan yang lebih baik. Untuk penuntut pihak ketiga, adalah baik bagi anda meminimumkan kerugian yang terlibat. Ini di antara tip pasca kemalangan yang boleh bantu anda kurangkan kos kerugian:

Lantik penaksir berlesen untuk menilai kerugian. Bengkel panel dan syarikat insurans anda akan menasihatkan anda untuk mengambil langkah ini.
Kemukakan kepada penginsurans anda Borang Laporan Kemalangan Motor dan laporan penaksir bersama-sama dengan lain-lain dokumen yang diperlukan.
Anda berhak menuntut daripada syarikat insurans pihak ketiga Ganti Rugi Masa Pembaikian (CART). CART pada asasnya adalah ganti rugi kepada anda yang dibayar oleh syarikat insurans pihak ketiga di atas kehilangan kegunaan kereta anda. CART selalunya dianggar berdasarkan jumlah hari yang diperlukan untuk membaikki kereta anda. Syarikat insurans membenarkan tujuh hari tambahan untuk hal-hal yang tak terjangka yang menggendalakan keadaan. Kiraan standard CART harian telah digariskan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM):

Selain dari menuntut, ada opsyen lain yang boleh dipilih. Contohnya, anda boleh tuntut kos menyewa kereta pengganti yang sama kategori dan kapasiti untuk tempoh pembaikian. Resit dari syarikat penyewaan kereta perlu dikemukakan sebagai bukti.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta