Sesi mengopi TANPA beli kopi #673 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Dlm kes kereta sambung bayar , apakah risiko pada owner sekira nya buyer tak melunaskan bayaran tiap bln? Tetapi di uruskan oleh pihak used car.. JAWAPAN: RISIKO KEPADA PENJUAL 1. TERBABIT KES JENAYAH Jika pihak ketiga menyalahgunakan kenderaan anda untuk kegiatan jenayah, pemilik kenderaan asal, iaitu anda akan menanggung segala risiko. Salah langkah boleh menyebabkan anda selaku pemilik asal, didakwa. 2. DAPAT SAMAN Tahukah anda segala saman atau kompaun yang dikenakan terhadap kenderaan anda akan memberi kesan kepada pemilik kereta dan bukannya pihak ketiga yang membelinya? 3. PEMBELI TIDAK BAYAR ANSURAN Harus diingati, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya. Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang. Padan muka! 4. JUAL ATAS JUAL Tahukah anda ada sesetengah kes melibatkan jualan atas jualan? Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada Ali. Dua bulan kemudian, Ali jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada Abu dengan mengaut keuntungan atas angin. Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan. Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut? Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |