Sesi mengopi TANPA beli kopi #668 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi mr eddie. Saya viva user. Newbie. Baru pakai kereta. Tingkap kereta saya hanya di bahagian driver sahaja bole turun naik. Tingkap bahagian lain, tak bole. Kalau macam ni kenapa ye? Kalau hantar kedai utk repair,berapa anggaran kos. Terima kasih,mr eddie JAWAPAN: Masalah tingkap power window sering berlaku pada model lama dan model kereta yang sudah lama dipakai. Yang sering bermasalah adalah suis, motor dan mekanisme tingkap itu sendiri. Jika masalah tingkap power window tidak boleh bergerak, boleh mulakan troubleshoot dari suis, motor dan mekanisme tingkap. Boleh cuba buat connection direct dari power motor ke power source tanpa melalui suis. Jika motor bergerak maka suis yang rosak. Jika tak pasti motor yang rosak. Harga power window motor bergantung kepada jenis kereta. Dalam lingkungan RM100. Begitu juga dengan harga power window switch. Jika power window bergerak tetapi tersangkut dan susah, boleh gunakan pelincir getah tingkap untuk lembutkan getah yang dah keras. Jika masih tersangkut, pasti ada mekanisma power window di dalam pintu yang tersangkut. Buka panel pintu dan cuba lihat di mana ia tersangkut. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |