EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #667

7/18/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #667
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat pagi en eddie..n hepi new year.wish u a very good life.
Kereta myvi sy telah ditari pd awal bulan Januari lepas. Sekarang perancangan sy adalah untuk mnuntut kembali kereta. For info loan kereta dr Ambank.soalan sy:
a. Adakah ada limited masa untuk sy mnuntut?..contoh kereta perlu dituntut dlm ms 21 hari,jika tidak di kira hangus.
b. Jika de khilangan brg2 berharga,adakah sy boleh buat laporan atau mnuntut dari pihak penarik kereta (mmg x harap). Polis mnerima aduan ini?(sory,berdasar kan pngalaman kwn2,polis amik report but ignore).
Tq encik eddie.

JAWAPAN:

Selepas kereta anda ditarik oleh pihak Bank, anda perlu berusaha untuk membayar jumlah tunggakan yang ada bagi membolehkan anda mendapat kembali kereta anda.

Pihak Bank akan mengeluarkan Notis Jadual Kelima dengan memberikan tempoh 21 hari kepada anda untuk menyelesaikan tunggakan dan/atau keseluruhan hutang.

Notis Jadual Kelima juga akan disertakan suatu notis penerimaan kereta yang ditarik yang mesti menyatakan jenis kereta yang ditarik, bila ditarik dan tempat ditarik. 

Jika tamat tempoh 21 hari tersebut penyewa masih tidak menyelesaikan tunggakan dan tidak mengambil semula kenderaan, maka anda bertabahlah kerana pihak Bank boleh melelong kereta anda dengan mengeluarkan Notis Lelongan dengan menyatakan tarikh, masa dan tempat lelongan yang akan dijalankan.

Anda perlu ingat juga bahawa sekiranya jumlah lelongan kereta masih tidak dapat menampung jumlah hutang pinjaman, pihak Bank berhak untuk meneruskan proceding seterusnya ke Mahkamah bagi mendapatkan lebihan hutang

Jika barang tuan hilang, tuan boleh tuntut dengan tribunal pengguna atau mendakwa pihak bank di mahkamah. Oleh kerana tiada bukti yang kukuh mengatakan apa barang yang ada di kereta sebelum kereta ditarik, maka agak sukar untuk dapat pampasan bagi barang yang dicuri.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta