Sesi mengopi TANPA beli kopi #664 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: selamat pagi bos..kereta saya ada masalah bateri..jadi saya hidupkan dengan tolak masuk gear..jadi alarm saya masih menyala..selepas itu saya biarkan kereta saya hidup dalam 30minit,tapi temperature saya naik..adakah sistem alarm ada kena mengena dengan temperature? JAWAPAN: Sistem alarm adalah berkenaan dengan sistem wiring kereta dan ia adalah isu berlainan dengan suhu kereta naik. Nampaknya tuan ada dua isu untuk ditangani iaitu bateri kereta dan masalah suhu kereta naik. Antara kemungkinan suhu kereta naik ialah 1. Radiator bermasalah 2. Kipas radiator rosak 3. Air cooling radiator kering 4. Penutup radiator bermasalah 5. Hos penyambung ke radiator bocor 6. Sensor suhu tidak betul 7. Water pump rosak 8. Tali sawat tergelincir 9. Thermostat rosak Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |