EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #662

7/16/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #662
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hi , sy nak tanya berkenaan mazda cx-5, boleh explain regarding the best variant , maintenance cost, resale value and kelebihan skyactive ? 

tq very much

JAWAPAN:

Di Malaysia, diedar oleh Bermaz Motor.

Bermaz Motor turut mengeksport CX-5 yang dipasang di kilangnya di Kulim, Kedah ke pasaran Asean lain seperti Thailand. 

Harus tahu bahawa CX-5 ialah model pertama mengaplikasikan semua teknologi SKYACTIV yang kemudiannya digabungkan dengan falsafah rekaan baharu Mazda, KODO – Soul of Motion.

Dilengkapi teknologi terbaru dalam rangkaian sistem keselamatan dinamik kenderaan SKYACTIV iaitu G-Vectoring Control (GVC), tugasan melayani selekoh pada kelajuan tinggi jauh lebih menyeronokkan. Sistem ini sebenarnya agak ringkas, dan secara asasnya, ia sekadar mengawal tork enjin supaya berat badan kenderaan dapat diubah kepada keadaan yang dapat membantu cengkaman. 

Teknologi SKYACTIV tertumpu kepada tiga bahagian utama iaitu teknologi casis yang ringan, enjin dengan nisbah mampatan tinggi dan transmisi enam kelajuan manual dan automatik yang efisyen. 

Ketika memandu, satu lagi perkara yang semua orang perasan ialah betapa senyapnya kabin CX-5 ini. berbeza dengan generasi sebelumnya, anda sukar untuk mendengar bunyi enjin atau angin, sebaik sahaja pintu dan tingkap ditutup rapat.

Selain bahagian luaran, ruang kabin CX-5 menerima peningkatan yang bukan sedikit. Material yang digunakan kini jauh lebih premium. Malah boleh dikatakan setaraf dengan kualiti yang didapati pada model Lexus, Audi atau mungkin Mercedes-Benz. Kemasannya membuatkan anda ingin duduk seketika untuk menyentuh dan meneliti secara lebih dekat.

Berikut ialah informasi tentang variant Mazda CX-5 :

CX-5 2.0G SkyActiv (155 hp/200 Nm)

2WD GL (RM 134,605.50) - Kerusi fabrik, roda 17 inci, enam beg udara, ABS dengan EBD, BA, DSC dan kawalan cengkaman2WD GLS - (RM 148,605.50) - Kerusi balutan kulit, Adaptive Front-Lighting System (AFS), entri bebas kunci, i-Activesense dengan Blind Spot Monitoring (BSM), Rear Cross Traffic Alert, Smart City Brake Support (SCBS)

CX-5 2.5G SkyActiv (192 hp/257 Nm)

2WD GLS (RM 160,996.70) - Sama seperti 2WD GLS kecuali dengan roda aloi 19 inci

CX-5 2.2 Diesel (173 hp/420 Nm)

2WD GLS (RM 164,579.10)AWD GLS (RM 175,179.10)
Sama seperti varian GLS lain dengan tambahan Lane Departure Warning System (LDWS), Lane Keep Assist System (LKA), SCBS depan dan belakang, Driver Attention Alert (DAA) dan Adaptive LED Headlights (ALH)

Kos selenggara Mazda lebih mahal dari kenderaan Jepun lain dan harga jualan balik juga lebih rendah dari kenderaan Jepun lain.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta