Sesi mengopi TANPA beli kopi #661 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi tuan edi.. Sya ingin brtanya tntg knderaan honda civic fd1.. sy ade mbeli honda fd second pd taun lepas.. selepas memakai slama 2 bulan, kreta sy mngalami mslh power steering pump.. sy ke honda utk brtanya tntg hrga sparepart.. honda bgtau hrga brg trmsuk psang adalah 2k lbih..jd sy bralih kpada kdai biasa.. ade mngatakan hnya beli power steering pump recond dan ade juga pomen mngatakan utk repair je power steering pump yg rosak itu.. mhon pndapat en edi.. hruskan sy guna yg recond or repair yg rosak? Terima kasih JAWAPAN: Semua terpulang kepada kos pembaikian. Membeli steering pump recond juga tidak ada jaminan kerana bendanya memang second hand dan tiada jaminan barangan tersebut diservis dengan baik. Kalau baru, Lazada pun ada jual pada harga RM400 tapi tidak pasti kualitinya. Tuan mungkin boleh cari kedai spare part original selain daripada kedai servis Honda. Selain itu, pastikan dapatkan nasihat lain foreman yang memastikan barang yang rosak ialah pump. Mungkin kerosakan pada tempat lain. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |