Sesi mengopi TANPA beli kopi #654 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello Mr Eddie i need your advice. I ada plan nak beli mazda 3 new. Tp sy baca byk review kata jenama mazda ni spare part mahal. Gaji sy xdelah byk around 2500 sebulan. Tp sy plan nk byr downpayment 20k so sebulan commitment kreta byr around rm600 tp sy nk tahu betul ke xberbaloi beli kereta mazda ni? Sebab resale calue rendah tp i xde plan nak jual pun after 5years guna. Please advice me ptut ke tidak sy beli brand mazda ni. JAWAPAN: Mazda3 (dikenali sebagai Mazda Axela di Jepun, adalah kenderaan kompak yang dibina oleh syarikat kenderaan Mazda. Ia diperkenalkan pada tahun 2003 untuk menggantikan model Familia/323/Protegé di segment C. Kereta Mazda3 tahun 2019 merupakan generasi keempat model ini yang bermula pada tahun ini. Kenderaan ini mempunyai banyak peminat di pasaran juga kerana rupa bentuknya. Handling kereta adalah yang paling bagus dalam segmennya. Enjin yang berkuasa. Menjimatkan minyak. Ciri-ciri keselamatan yang baik dengan 6 air bag. Harga susut nilai tidak begitu bagus di pasaran berbanding dengan Honda Civic Kos selenggara juga tidak semurah kereta Jepun yang lain. Bunyi dari luar, getaran kereta dan bunyi tayar juga tidak sebagus kenderaan lain dalam segmen yang sama. Jika tujuan tuan ialah menggunakan kereta ini untuk jangka masa yang panjang, maka tiada isu untuk beli kereta ini. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |