Sesi mengopi TANPA beli kopi #653 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Mr Eddie. Bolehkah terangkan kepada saya secara details tentang kebaikan & keburukan kereta proton x70 & peroda aruz yang terkini. Kenderaan ini akan digunakan untuk perjalanan jarak jauh dan ada mengangkat barang cetakan. 1. Enjin 2. Gearbox 3. Turbo 4. Suspension 5. Dan lain-lain Terima Kasih. JAWAPAN: Chassis/kerangka Proton X70 secara jelas dihasilkan untuk mencabar Sport Utility Vehicle SUV / Cross dalam segmen C. X70 didatangkan dengan 2 pilihan samaada pacuan 2 roda hadapan ataupun pacuan semua roda. Dengan fitur pacuan semua roda, jarak kelegaan bumi yang tinggi, dan dipakejkan pada chassis monocoque, X70 menepati citarasa SUV sebenar, manakala bagi varian pacuan dua roda, ia berada dalam kategori Cross Perodua Aruz pula ada kelebihan lain, ia mampu memuatkan 7 penumpang. Walaupun nampak ranggi dengan rim 17 inci dan jarak kelegaan bumi yang tinggi, Aruz sebenarnya lebih kepada segmen cross/mpv. Sama seperti Honda BRV, ia sangat sesuai meredah banjir kilat, buat rombongan ke kebun durian tapi jangan sesekali masuk laluan balak. Berbeza dengan X70 yang menggunakan chassis monocoque, Aruz menggunakan chassis ladder frame, dan semua kuasa dihantar ke roda belakang. Chasiss dan enjin Aruz sebenarnya berkongsi dengan Toyota Avanza. Enjin 2NR VE dihasilkan secara iron casting yang digunakan berkongsi dengan Myvi lengkap dengan teknologi dual VVTi Perbezaan Kelas Segmen X70 direkabentuk untuk mencabar jagoan SUV terlaris di Malaysia, iaitu Honda CRV. Maka tak hairanlah X70 dilengkapkan dengan enjin 1800cc yang lebih berkuasa dan dipasang dengan pendesak turbo, mampu memberikan 183kuasa kuda dan 285 Nm tork. Secara bandingan Honda CRV 1.5 Turbo menghasilkan 190 kuasa kuda dan 243Nm tork. Dimensi Honda CRV ialah Panjang 4596mm Lebar 1855mm Tinggi 1679mm Jarak antara roda 2660mm X70 mempunyai ukuran dimensi seperti berikut Panjang 4519 Lebar 1831 Tinggi 1694 Jarak antara roda 2670 Dimensi bagi Aruz pula ialah Panjang 4435 Lebar 1695 Tinggi 1705 Jarak antara roda 2685 Berdasarkan saiz dimensi, Aruz sebenarnya lebih pendek, lebih kurus dan lebih tinggi berbanding dengan X70. Pesaing terdekat Aruz ialah Honda BRV, Proton Ertiga, Toyota Avanza dan juga Mitsubishi Xpander. Aruz bukan lawan untuk X70. Aruz bertanding dalam liga segmen B manakala X70 akan bertanding dalam liga Segmen C. Pilihan Enjin dan Kotak Gear Aruz dibekalkan dengan enjin Dual VVTi 1500cc tanpa turbo. Kuasa enjin akan dihantar ke roda belakang melalui gear 4 kelajuan auto. Ye saya pasti ramai yang akan menggeleng kepala. Aruz dibina berdasarkan Toyota Rush/Daihatsu Terios yang disesuaikan muka bumi di Republik Indonesia, sebab pasaran di sana lebih besar berbanding dengan Malaysia. Di Indonesia, permukaan jalan yang kurang sempurna memaksa jurutera menggunakan kerangka tetangga yang lebih lasak bagi memuatkan 7 penumpang. Kotak gear 4 kelajuan yang ringkas dipilih kerana terbukti lasak. Cuma masalah dengan 4 ratio ini, jurutera gagal “spread out” kuasa enjin dengan berkesan. Berani saya katakan bahawa, kereta ini tiada masalah untuk memecut, cuma pada halaju 120km/h enjin akan mengaum pada 4000RPM Bagi X70 dengan enjin 1800cc turbo dan 6 kelajuan, ia ibarat langit dan bumi. Keluasan Kabin Walaupun Aruz mempunyai 7 tempat duduk, ruang bagasi hanya seluas 213 liter, berbanding dengan X70 yang mempunyai ruang bagasi seluas 512 liter. Namun X70 hanya mempunyai 5 tempat duduk termasuk penumpang Ciri Keselamatan Sudah menjadi tradisi bagi Proton untuk hadir dengan ciri keselamatan yang tinggi sejak selepas pelancaran Preve. Advance Driver Assistance System adalah gabungan sistem seperti Adapative Cruise Control dan Lane Departure Warning System setara dengan Honda Sensing Technology. Aruz pula didatangkan dengan teknologi ASA Advance Safety Assist adalah gabungan beberapa fitur seperti Pre Collision Warning dan Pre Collision Braking, walaupun kurang canggih seperti ADAS, namun adalah lebih baik dari BRV. Siapa yang patut beli Aruz? 1. Untuk keluarga yang mula bertambah ahli keluarga, 2 Dewasa, 3 kanak kanak dan 1-2 bayi 2. Bagi pemandu dengan bajet sekitar 72k-77k, dan mencari alternatif selain BRV, atau Avanza dengan kos pemilikan dan servis yang rendah berbanding dengan X70 3. Lebih kepada multi purpose vehicle dengan gaya Cross/SUV yang lebih ranggi Target pengguna X70 1. Eksekutif muda dengan gaya hidup aktif dan bosan memandu sedan 2. Sebagai alternatif kepada Honda CRV, Mazda CX-5, Nissan Xtrail, Mitsubishi Outlander, Renault Koleos & Peugeot 3008. 3. Suv dengan sentuhan continental (Geely memiliki Volvo dan rekabentuk X70 mendapat sentuhan Peter Horbury designer Volvo) Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |