Sesi mengopi TANPA beli kopi #652 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: selamat pagi,saya ada pertanyaan Pertanyaan..boleh ka kereta yang masih ada hutang dengan bank kita trade in untuk beli kereta baru..Terima kasih. JAWAPAN: Berikut merupakan langkah-langkah selamat untuk tukar beli kereta lama anda: 1. Dapatkan jumlah “full settlement” kereta anda dengan pihak bank anda membuat pinjaman. 2. Sekiranya jumlah Full Settlement lebih dari harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, anda perlu tambah jumlah yang kurang tersebut. 3. Sekiranya jumlah Full Settlement kurang dari Harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, syarikat used car tersebut akan membayar kepada anda lebihan tersebut. 4 Buat semakan harga pasaran kereta anda. 5. Jika anda sudah mengetahui harga pasaran, harga trade-in pada kebiasaanya akan lebih rendah 4-10k dari harga pasaran. 6. Jangan terlalu mengejar harga trade-in yang terlalu tinggi. Pada kebiasaannya ada sesuatu tidak kena jika harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Anda mungkin akan teraniaya. 7. Sekiranya anda berurusan trade-in dengan salesman, anda mesti pergi bersama salesman tersebut untuk mempastikan butiran penting kewujudan syarikat yang dicadangkan oleh salesman tersebut. Pastikan lokasi dan alamat syarikat tersebut. Nombor telepon kedai tersebut. Tandatangan dokumen penyerahan kereta tersebut, sebagai bahan bukti jika berlaku perkara yang tidak diingini. Pastikan anda kenal tuan punya syarikat tersebut. Ada kes juga salesman kereta baru juga menipu wang pelanggan dan akhirnya sehingga salesman itu langsung tidak datang kerja lagi. Reset dari syarikat penjualan sangat penting. Samada berbaloi atau tidak tuan menukar kereta bergantung berapa hutang lama kereta lama tuan. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |