Sesi mengopi TANPA beli kopi #651 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi...mcm mne nak kurang kan komitmen instalment kerete bru 1 tahun.... JAWAPAN: Penyusunan semula pinjaman (Restructured loan) Jika bayaran hutang setiap bulan terlalu tinggi dan membebankan, anda boleh memohon dengan pihak bank untuk menyusun semula pinjaman anda. Penyusunan semula hutang bermaksud semua hutang anda menjadi satu sahaja. Semua pinjaman peribadi dan kad kredit akan menjadi satu akaun dan biasanya terletak di dalam akaun pinjaman peribadi. Melalui cara ini, pihak bank boleh membuat jadual bayaran baru dengan tempoh yang lebih panjang tetapi bayaran bulanan yang lebih rendah supaya anda tidak terbeban. AKPK Jika anda gagal untuk mendapatkan persetujuan dengan pihak bank, anda boleh dapatkan bantuan dari pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) untuk menyelesaikan masalah anda. Mereka akan berbincang dengan bank bagi pihak anda. Tugas AKPK hanya membantu menyusun semula pinjaman anda dan bukan membantu mengurangkan hutang anda. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |