Sesi mengopi TANPA beli kopi #643 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Bagaimanakah penjagaan turbo? Bagaimanakah pemanduan kereta berenjin turbo untuk long distance atau dalam bandar? JAWAPAN: Memandu kereta berenjin turbo memang menyeronokkan kerana pemanduan rasa lancar dan berkuasa, serta menjimatkan. Kereta turbo ibarat atlet lumba yang mampu berlari pantas meninggalkan pesaing-pesaing biasa. 4 tip mudah yang perlu lakukan untuk menjaga enjin turbo 1. PATUHI JADUAL SENGGARA Kalau bukan enjin turbo sekalipun, ini ialah perkara asas yang perlu dilakukan semua pemandu. Anda mesti mematuhi jadual penyenggaraan yang ditetapkan pengeluar jika mahu kereta turbo anda kurang penyakit dan panjang umur. 2. GUNA MINYAK ENJIN DISYORKAN Kereta turbo perlukan 'makanan' yang memang diuji dan terbukti untuk kecekapan dan kelasakan enjin turbo. Rujuk kepada manual kerera untuk minyak enjin yang sesuai. 3. JANGAN TERUS LENJAN Bersabar dan tunggulah sehingga enjin turbo anda betul-betul mencapai tahap operasi. Anda boleh saja terus bergerak selepas 30 saat atau 1 minit menghidupkan enjin. Apa yang dilarang adalah jangan menekan pedal minyak sehingga separuh terotel kerana situasi menaikkan RPM tinggi ketika enjin sejuk mampu menyebabkan pengecasturbo rosak. 4. SELEPAS MEMANDU, JANGAN TERUS MATIKAN ENJIN Kalau ada fasa 'panaskan badan', sudah tentu ada fasa 'sejukkan badan' atau cool down. Tunggu sekejap lebih kurang 30 saat sebelum enjin dimatikan. AMARAN Anda dilarang mencampurkan sebarang bahan aditif ke dalam bahan api dan minyak enjin kerana mampu mengubah kelikatan minyak dan membentuk pepejal yang menyekat kelancaran pengaliran ke sistem turbo. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |