EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #641

7/15/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #641
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Salam Sejahter Tuan Eddie, saya memiliki Toyota Wish 1.8s (2011) dan dilengkapi rim asal berukuran 15 inci. Dalam keadaan spec tayar, rim dan suspension yang masih stock (asal), kereta saya agak rendah apabila ingin melepasi bonggol (speed bump). Kadang kala kereta akan bergesel sedikit apabila melalui bonggol yang tinggi.

Pemilik bengkel kereta menyarankan agar saya menukar rim yang bersaiz lebih besar supaya ground clearance kereta saya dapat dinaikkan dan tiada masalah untuk melalui bonggol. Adakah ia benar?

JAWAPAN:

Kenderaan Toyota Wish mempunyai ukuran 6.1 inci daripada lantai jalan. Ketinggian ini sebenarnya agak rendah untuk melepasi bonggol-bonggol di jalanraya Malaysia.

Sebelum anda membuat perubahan pada kereta, adalah penting untuk memahami kereta anda dan teknologi yang sedia ada. Kenderaan yang ada stability control systems, lane keep systems, dan collision avoidance systems TIDAK patut diubahkan bahagian bawah kereta. Ini kerana sensor kereta berdasarkan ketinggian kenderaan tersebut. Sebarang perubahan akan menghasilkan sistem ini tidak lagi berfungsi dan mungkin mengakibatkan kemalangan. Setelah anda membuat kepastian tentang sistem ini, di bawah adalah cara untuk tinggikan kereta.

1. Tukar saiz tayar dan saiz rim 

Kebanyakkan pembuat kereta memberi ruang untuk penukaran tayar dan rim bagi perbagai situasi pemanduan. Lihat manual kenderaan untuk jenis tayar dan rim yang boleh tukar.
Bagi meninggikan kereta, anda boleh tukar tayar yang lebih tinggi profilnya. Anda boleh tambah ketinggian dengan menukar rim ke saiz yang kecil untuk menampung tayar saiz berprofil tinggi. Keburukan menukar ke tayar profil tinggi ialah ia mengurangkan efisyensi dan persembahan enjin kereta. 

Ataupun, anda boleh tukar ke rim besar dan tayar yang lebih besar. Perlu diketahui ialah menggunakan diameter tayar akan mengubah bacaan odometer. (Bacaan odometer akan lebih lambat untuk sesuatu kelajuan), pecutan lebih lambat dan handling kereta akan terjejas. 

2. Tukar coil spring

Dengan menukar coil spring dan absorber yang lebih keras, ia boleh meningkatkan ketinggian kereta. Ini harus dibuat di kedai profesional yang berpengalaman dalam suspension kereta. Coil tersebut perlu dibeli mengikut spesifikasi yang sama dan haruslah baru. Keburukannya ialah stabiliti kereta akan terjejas.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta