Sesi mengopi TANPA beli kopi #640 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello bos Nak tanya Mazda 3 tahun 2012, 2.0 Review bos tentang kereta ni? JAWAPAN: Mazda3 (dikenali sebagai Mazda Axela di Jepun, adalah kenderaan kompak yang dibina oleh syarikat kenderaan Mazda. Ia diperkenalkan pada tahun 2003 untuk menggantikan model Familia/323/Protegé di segment C. Kereta Mazda3 tahun 2012 merupakan generasi kedua model ini yang bermula pada tahun 2009. Kenderaan ini mempunyai banyak peminat di pasaran juga kerana rupa bentuknya. Handling kereta adalah yang paling bagus dalam segmennya. Enjin yang berkuasa. Menjimatkan minyak. Ciri-ciri keselamatan yang baik dengan 6 air bag. Harga susut nilai tidak begitu bagus di pasaran berbanding dengan Honda Civic Kos selenggara juga tidak semurah kereta Jepun yang lain. Bunyi dari luar, getaran kereta dan bunyi tayar juga tidak sebagus kenderaan lain dalam segmen yang sama. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |