Sesi mengopi TANPA beli kopi #637 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: salam sejahtera tuan...sy bercadang hendak membeli honda city tahun 2007...nk mntk pendapat tuan mengenai kereta ini... JAWAPAN: Honda City adalah kereta sub-kompak yang dibina oleh syarikat kereta Jepun sejak 1981. Model tahun 2007 adalah generasi ke 4 kereta ini yang bermula pada tahun 2003. Pada Oktober 2005, versi facelift untuk Honda City dilancarkan di Malaysia, Perubahan utama yang dibuat ialah bentuk baru di bahagian luar kereta (grill luar baru, lampu besar baru, fog light baru, lampu belakang baru dan bumper baru). Bahagian depan dipanjangkan sebanyak 65 mm manakala bahagian belakang dipanjangkan 15 mm. Cermin tepi mempunyai kebolehan untuk dilipat secara elektronik. Honda City adalah persaing utama di segmen yang sama dengan Toyota Vios. Kedua-dua kereta ini memang jimat minyak. Kos selanggara juga tidak keterlaluan mahal. Isu paling utama Honda City tahun 2007 ini ialah gearboxnya. Sering menjadi masalahm Oleh itu, sebelum membelinya, elok diuji dulu gearboxnya. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |