Sesi mengopi TANPA beli kopi #635 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Selamat petang tuan....saya sedang mempertimbangkan 2 kereta segment D...Hyundai Sonata 2.0 2010-2014 dgn Kia Optima 2.0 K5 2012-2013...kereta mana yang paling ok dari segi performance, maintainance, dan lain2... Toyota Camry 2.0 2008-2010 pun antara y dipertimbangkan. sbb mencari 2nd car yang hrga 30-60k dalam segment D JAWAPAN: Salah satu cara pintas untuk ketahui kereta mana yang paling bagus dari segi persembahan, penyelenggaraan dan kos alat ganti kereta ialah dari harga kereta terpakai tersebut. Anggaran harga pasaran Kia Optima 2.0 tahun 2012 RM 55k. Hyundai Sonata 2.0 tahun 2012 RM50k Toyota Camry 2.0 tahun 2012 RM75k Dari perbandingan di atas, Toyota Camry lebih mahal anggaran RM 20k daripada kedua-dua kenderaan dari Korea. Perlu diketahui ialah harga ketiga-tiga kereta hampir sama ketika dijual baru. Faktor kos selenggara, persembahan dan kos alat gantilah yang menyebabkan perbezaan begitu ketara ketika kenderaan ini menjadi kereta terpakai. Sukar dibandingkan jika menggunakan kenderaan Toyota Camry yang lebih lama (thn 2008-2010) kerana kegunaan kereta tersebut telah menjangkau kereta kereta Korea (thn 2012 - 2013) Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |