Sesi mengopi TANPA beli kopi #630 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi tuan eddie Mohon tanya mengenai starex royale. JAWAPAN: Hyundai Starex adalah kenderaan komersial, van 4-pintu yang dibina oleh Syarikat Hyundai Motor di Korea Selatan dan Indonesia sejak 1997. Model hari ini merupakan model generasi kedua yang bermula pada tahun 2007. Di Malaysia, Hyundai Starex dilancarkan pada May 2008 dan kemudian menerima 5 kemas kini pada Ogos 2009, July 2011, Mac 2014, Disember 2016 dan pada November 2018. Daripada maklumbalas pasaran, Hyundai Starex tiada isu besar. Selalunya orang ramai merungut tentang bunyi enjinnya apabila start kereta kerana enjin diesel. Ada yang tambah sound proofing di bahagian enjin untuk sunyikan bunyi dari enjin. Saiznya agak besar, parkin mungkin bermasalah sedikit. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |