Sesi mengopi TANPA beli kopi #624 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Selamat petang tuan eddie.boleh tuan bg ulasan pasal kereta merc cls 350 tahun 2010?..cantik kereta tu..tp nak tau jgk ..1..maintenance? . ..2.sparepart senang dpt ke? ..3.ada masalah ke cls350 ni sbb harga murah (tahun 2008 rm45k je) Atau tuan ada ulasan lain pasal cls350 ni boleh la share.. Tq tuan eddie.. JAWAPAN: Pertama sekali Mercedez CLS 350 ialah kenderaan ber cc 3.5. Walaupun sangat berkuasa enjin kereta, cukai jalan kereta ini lebih dari rm4000 setahun. Ini adalah salah satu sebagai mengapa kereta ini begitu murah. Kedua, kereta mewah seperti Mercedes ini penuh dengan part electronic yang tidak mudah untuk diselenggara. Mekanik tepi jalan tidak akan dapat membaiki kereta seperti ini dan ia perlu dimanjakan di kedai mekanik yang specialist dalam Mercedez sahaja. Ini meninggikan kos pembaikiannya. Ketiga, kebanyakkan spare part kereta Mercedez CLS350 ini sangat mahal dan bernilai ribu ringgit setiap kali salah satu partnya rosak. Keempat, kerosakan kepada kereta begini lebih kerap semakin berusia kereta ini. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |