EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #621

7/14/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #621
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Mr Eddie.. boleh tahu pandangan u tentang new proton persona? Adakah ianya low maintenance?

JAWAPAN:

Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan yang ketara diantara Proton Persona 2016 (Baru) vs Persona Elegance 2010 (Lama)

1. Saiz

Jelas sekali, model baru Proton Persona 2016 ini bersaiz sedikit kecil berbanding yang lama selari dengan penurunan segmen C kepada B. Namun ini tidak bermakna keselesaan pengguna diketepikan dan semuanya menjadi lebih kecil dan diantaranya adalah saiz ruang but bagasi telah bertambah besar dari 430L kepada 510L. Keluasan dalaman pula amat selesa kerana hanya sedikit kurang lebar berbanding Persona lama.

2. Enjin & Transmisi

Peningkatan teknologi yang ketara dengan pertambahan tenaga, kuasa pecutan dan penjimatan buat Persona Baru 2016. Menerusi gabungan Enjin VVT bersama dengan transmisi CVT telah menjadikan Persona Baru ini lebih lancar, bertambah baik dan tampak hebat berbanding model lama.

3. Body Specs

Persona Generasi Baru ini menjanjikan keteguhan kerangka apabila mencapai taraf 5 bintang Asean NCAP bagi semua varian. Namun begitu terdapat pengurangan spesifikasi apabila ianya tidak lagi menggunakan suspensi multilink with stabilizer bar dan disc brake untuk roda belakang. 

Walaupun begitu, ianya tidak menjejaskan prestasi kehebatan pemanduan dan pengendalian Proton Persona Baru ini kerana ini adalah kelebihan serta trademark kereta Proton yang tetap dikekalkan!

4. Dalaman & Luaran

Rupabentuk luaran dan dalaman serta features juga semakin berkualiti, moden dan terkini. Dari rupa yang handsome kepada wajah baru yang lebih trendy! Peningkatan dan penambahbaikan dari pelbagai sudut juga wajar dipuji apabila hampir segala kekurangan model lama telah dapat diatasi.

Kadar NVH kini adalah yang terbaik dalam kelasnya namun terdapat pengurangan beberapa features yang kecil telah mengurangkan sedikit kehebatan Persona Baru ini berbanding yang lama diantaranya adalah:

Tiada adjustable headrest untuk tempat duduk belakang.Tiada center armrest untuk tempat duduk hadapan.Tiada auto cruise ditawarkan untuk semua variant.Tiada penggunaan led untuk lampu belakang. Penggunaaan gooseneck boot hinges untuk but bagasi. Penggunaan tayar yang sedikit kecil dan nipis mencacatkan sedikit rupa hebat Persona Baru ini.

6. Keselamatan

Bahagian ini mengalami perubahan dan peningkatan yang amat drastik berbanding Proton Persona Lama di mana hampir semua features penting yang diperlukan untuk keselamatan pemanduan dan penumpang disediakan dan tiada kompromi untuk setiap varian. 

Anda akan berasa lebih selamat berada di dalam Proton Persona 2016 ini. Jelas sekali, keselamatan kini menjadi kepentingan utama Proton dan ianya wajar mendapat kredit yang tinggi.

Proton Persona merupakan kenderaan tempatan yang mempunyai maintenance yang sederhana.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta