Sesi mengopi TANPA beli kopi #620 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi mr eddie nak tanya pendapat awak tentang kereta forte naza kia, kereta nya okay ke? Dari segala spec nya.. sebab rasa nak beli kereta secondhand. JAWAPAN: Kia Forte, dikenali sebagai K3 di Korea Selatan, digelar Shuma di China dan Forte K3 serta Cerato Forte di negara Colombia dan Singapura, adalah kenderaan kompak yang dihasilkan oleh jenama Kia Motors sejak pertengahan tahun 2008. Daripada maklumbalas pasaran, pengguna hanya merungut tentang isu bunyi dari dashboard hadapan. Penyengeraan untuk kereta Korea akan lebih tinggi berbanding kereta Jepun. Harga penjualan balik kereta kelak juga tidak akan begitu bagus. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |