Sesi mengopi TANPA beli kopi #619 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hai mr eddie..i nak tanya tentang kereta peugeot 408 tahun 2013-2015 adakah ia baik dari segi kualiti dan kos maintainance..kerana i lihat kereta ini dijual dengan harga yang murah di halaman mudah.terima kasih kerana sudi membantu.. JAWAPAN: Kereta kontinental (Eropa) seperti Peogeot memang agak sensitif apabila digunakan di Malaysia. Harga baru kereta Peogeot 408 RM 120k. Kereta terpakai tahun 2014-2015 RM 30k. Dalam masa 3-4 tahun, harga kereta sudah jatuh 70%. Dalam istilah kereta terpakai, harga kenderaan terpakai tertakluk kepada permintaan kenderaan, harga spare part, ketahanan kereta dan kos selenggara. Melainkan tuan ada kenderaan berlebihan dan guna kereta ini sekali-kala, kenderaan ini tinggi kos selenggara dan mempunyai isu lebih banyak daripada kereta tempatan dan Jepun. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |