Sesi mengopi TANPA beli kopi #619 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hai mr edie.. sy ada Proton exora yg mengalami masalah belting putus. Berapa anggaran harga untok betulkannya. Tq mr edie. JAWAPAN: Apakah Kesan Dari Timing Belt Putus? ‘Timing belt’ amat penting untuk memastikan kesinambungan pergerakan komponen-komponen enjin. Sekiranya ia tidak ditukar apabila sudah mencapai jangka hayat yang ditetapkan, maka anda akan meletakkan kenderaan anda dalam risiko kerosakan. Kebiasaannya penyebab ‘timing belt’ putus yang utama adalah kerana ianya terus menerus digunakan walaupun telah melebihi jangka hayat dan ‘expired date’yang tertentu. Sekiranya komponen ini diguna pakai sehingga melebihi jangka hayat yang disyorkan, beberapa tanda-tanda kegagalan fungsi akan dan berlaku, seperti : Timing Belt Putus Tooth Wear Back Cracks Kegagalan fungsi ‘timing belt’ akan memberi kesan kerosakan yang besar kepada enjin. Kebiasaannya dalam kebanyakkan situasi ianya akan menyebabkan masalah valve enjin menjadi bengkok atau patah. Kos untuk baiki Proton Exora yang telah putus timing belt mungkin dalam 2k - 3k. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |